Sejarah Seram (fiksyen)

Genre kisah-kisah seram seringkali berakar dalam kisah rakyat atau tradisi keugamaan, memberi tumpuan pada kematian, selepas mati, syaitan, jembalang dan prinsip yang terkandung dalam manusia. [2] Ini telah dimanifestasikan dalam kisah-kisah makhluk seperti perempuan penyihir, Vampire, Serigala jadian dan hantu.

Seram Gothic [ada kurun ke-18

Edgar Allan Poe

Fiksyen Gothik kurun ke-18 mengambil dari sumber ini dengan seminal dan kontrovesi Istana kota Otranto ("The Castle of Otranto") (1764) oleh Horace Walpole. Ini menandakan pertama kali unsur ghaib dimasukkan dan bukannya realism sepenuhnya. Malah edisi pertama diterbitkan secara samaran percintaan abad pertengahan sebenar dari Itali dan diterbitkan semula oleh penterjemah rekaan. Apaabila didedahkan sebagai kontemporari, ramai yang mendapatinya sebagai bersalahan, kolot, atau ringkasnya nilai rendah ("poor taste") — tetapi ia terbukti amat popular. Novel seram Gothic itu memberi inspirasi bagi hasil kerja seperti Vathek (1786) oleh William Thomas Beckford, A Sicilian Romance (1790), The Mysteries of Udolpho (1794) dan The Italian (1796) oleh Ann Radcliffe dan The Monk (1797) oleh Matthew Lewis. Sejumlah besar cereka seram pada era ini biasanya ditulis oleh wanita dan dipasarkan bagi pembaca wanita, senario biasa merupakan wanita heroin yang berkebolehan terancam dalam istana kota suram.[3]